Purple Electricity Lightning

Saturday, June 23, 2018

Tempat Shopping Menarik di Kelantan

Tempat Shopping Menarik yang terdapat di Kelantan ialah Pasar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh, Bazar Tok Guru, dan KB Mall.


Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh KubuPasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.



Wakaf Che Yeh merupakan sebuah bandar yang terletak di 7 km dari bandar Kota Bharu KelantanWakaf Che Yeh terkenal dengan pasar harian dan pasar minggu. Pasar Wakaf Che Yeh beroperasi dengan baik sejak tahun 1998 lagi. Disini terdapat juga sebuah pasaraya kecil.








KB Mall merupakan sebuah kompleks pusat beli-belah yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Ia merupakan tempat membeli belah yang stategik berada di laluan utama ke Pusat Bandar Kota Bharu dan bersebelahan dengan KB Bazar. Ia diuruskan oleh Y. S. Tang Holdings Sdn Bhd.Dengan keluasan 1 juta kaki persegi,ia menjadikan KB Mall sebagai pusat beli belah terbesar di pantai timur semenanjung Malaysia.
Bazar Tok Guru (BTG) merupakan kompleks beli-belah terbaharu di bandar raya Kota Bharu Kelantan. Bazar ini terletak di Jalan Sultan Ibrahim Kota Bharu iaitu bersebelahan dengan Balai Polis Kota Bharu dan berhampiran Universiti Teknologi Mara UiTM Kampus Kota Bharu. Konsep rekabentuk BTG bercirikan senibina Islam yang diambil daripada elemen rekabentuk masjid di Mekah dan Madinah di antaranya ialah rekabentuk kubah dan gerbang masuk yang diambil daripada Masjid Nabawi. Bazar Tok Guru dibangunkan dengan impian untuk dimartabatkan sebagai mercu tanda bagi bandar Kota Bharu dan seluruh negeri Kelantan.

No comments:

Post a Comment