Purple Electricity Lightning

Saturday, June 23, 2018

Pengenalan Kelantan

Kelantan merupakan sebuah negara luar bandar di kawasan timur laut Semenanjung Malaysia. Kota Bharu merupakan ibu negeri bagi negeri Kelantan Darul Naim ini. Terdapat pelbagai keunikan yang dapat dilihat di negeri yang terkenal dengan jolokan nama negeri Che Siti Wan Kembang ini. Keunikan yang terdapat di Kelantan antaranya ialah keunikan Tempat Shopping Menarik, Tarikan Pantai, Tarikan Sejarah, Tarikan Alam Semulajadi, dan Tempat Makan Istimewa di negeri Kelantan.

Tempat Shopping Menarik yang terdapat di Kelantan ialah Pasar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh, Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang, Bazar Tok Guru, dan KB Mall.

Pantai menarik yang terdapat di Kelantan pula ialah Pantai Cahaya Bulan(PCB), Pantai Irama, Pantai Sri Tujoh, Pantai Bisikan Bayu, dan Pantai Tok Bali.

Selain itu, Tarikan Sejarah yang terdapat di Kelantan ialah Muzium Negeri, Muzium Adat Istiadat (Istana Jahar)& Balai Senjata, Muzium Diraja Istana Batu, Masjid Muhammadi dan Kota Sultan Ismali Petra.

Seterusnya, Tarikan Air Terjun dan Alam Semualajadi yang terdapat di Kelantan ialah Jeram Linang, Jeram Pasu, Air Terjun Jelawang, Lata Hujan dan Tasik Pergau.

Akhir sekali, Tempat Makan yang terkenal terdapat di Kelantan menurut rancangan Jalan-jalan Cari Makan(JJCM) ialah Kedai Makan Nasi Kuning(Nasi Khoumok), Warung Pok Mat Pulau Pisang, MALIS Cafe & Restaurant dan Restoran Nasi Kerabu 2mis JB.

No comments:

Post a Comment