Purple Electricity Lightning

Saturday, June 23, 2018

Pantai Menarik di Kelantan

Pantai menarik yang terdapat di Kelantan pula ialah Pantai Cahaya Bulan(PCB), Pantai Irama, dan Pantai Sri Tujoh.


Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri kelantan, MalaysiaPada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar british ketika dia di pantai ini pada masa perang dunia. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCBPantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini.

Pantai Irama merupakan satu destinasi yang terkenal sebagai pusat pelancongan utama di negeri Kelantan dan terletak di pinggir Bandar Bachok, malahan kira-kira 20 km dari kota bharu melalui jalan tempatan Kota Bharu-tawang-Bachok yang mengambil masa kira-kira 30 minit. Jalan masuk ke pantai irama boleh diakses sehingga di tepi pantai.











Pantai Sri Tujuh terletak di tumpat, kelantan. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lebih di sini. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik. Sebuah resort terapung telah dibina di Pantai Sri Tujuh. Ia dikenali sebagai Resort Sri Tujuh, lengkap dengan kolam mandi , gelanggang futsal dan padang latihan bermain golf. Pengunjung akan makan di gerai-gerai yang disediakan sambil menikmati panorama laut dan mereka yang menunggang bot ski. Bot nelayan kelihatan pulang ke pangkalan pada waktu-waktu tertentu.

No comments:

Post a Comment