Purple Electricity Lightning

Saturday, June 23, 2018

Tarikan Sejarah di Kelantan

Tarikan Sejarah yang terdapat di Kelantan ialah Muzium Negeri, Muzium Adat Istiadat (Istana Jahar)& Balai Senjata, dan Masjid Muhammadi.



Masjid Muhammadi merupakan masjid yang terkenal di Malaysia secara amnya, dan secara khususnya di kelantan kota bharu. Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama sultan muhammad ke IV yang sangat berjasa kepada Negeri kelantan. Ia juga dipanggil sebagai "Masjid Besar" di kalangan sesetengah rakyat Kelantan.







Muzium Negeri telah dirasmikan pembukaannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan pada 6 Ogos 1990. Muzium Negeri terletak bersebelahan Bulatan Medan Tuan Padang dalam kompleks bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.  Ruang awalnya mempamerkan sejarah negeri Kelantan semenjak awal hingga kepada era moden. Pada bahagian setengah tingkat di atas pula diadakan pameran mengenai Seni Budaya Negeri Kelantan; termasuklah peralatan permainan wayang kulit rebana ubi makyong menora dan lain-lain. Pada bahagian bawah bangunan pula selain daripada ditampilkan Sejarah Negeri Kelantan ditempatkan juga pejabat am Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Pejabat Pengarah Muzium dan lain-lain bahagian.



Istana Jahar yang terletak berhampiran dengan istana balai besar adalah di antara istana-istana yang menarik yang terdapat di sekitar bandar kota bharu.  Malah Istana Jahar ini juga telah mula dibina dalam masa pemerintahan Sultan Muhammad ke II (1837-1886) setelah pembukaan bandar kota bharu dan pembinaan istana balai besar.

No comments:

Post a Comment