Saturday, June 23, 2018
Pengenalan Kelantan

Tempat Shopping Menarik yang terdapat di Kelantan ialah Pasar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh, Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang, Bazar Tok Guru, dan KB Mall.
Pantai menarik yang terdapat di Kelantan pula ialah Pantai Cahaya Bulan(PCB), Pantai Irama, Pantai Sri Tujoh, Pantai Bisikan Bayu, dan Pantai Tok Bali.
Selain itu, Tarikan Sejarah yang terdapat di Kelantan ialah Muzium Negeri, Muzium Adat Istiadat (Istana Jahar)& Balai Senjata, Muzium Diraja Istana Batu, Masjid Muhammadi dan Kota Sultan Ismali Petra.
Seterusnya, Tarikan Air Terjun dan Alam Semualajadi yang terdapat di Kelantan ialah Jeram Linang, Jeram Pasu, Air Terjun Jelawang, Lata Hujan dan Tasik Pergau.
Akhir sekali, Tempat Makan yang terkenal terdapat di Kelantan menurut rancangan Jalan-jalan Cari Makan(JJCM) ialah Kedai Makan Nasi Kuning(Nasi Khoumok), Warung Pok Mat Pulau Pisang, MALIS Cafe & Restaurant dan Restoran Nasi Kerabu 2mis JB.
Tempat Shopping Menarik di Kelantan
Tempat Shopping Menarik yang terdapat di Kelantan ialah Pasar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh, Bazar Tok Guru, dan KB Mall.
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.
![]() |
Wakaf Che Yeh merupakan sebuah bandar yang terletak di 7 km dari bandar Kota Bharu Kelantan. Wakaf Che Yeh terkenal dengan pasar harian dan pasar minggu. Pasar Wakaf Che Yeh beroperasi dengan baik sejak tahun 1998 lagi. Disini terdapat juga sebuah pasaraya kecil.
KB Mall merupakan sebuah kompleks pusat beli-belah yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Ia merupakan tempat membeli belah yang stategik berada di laluan utama ke Pusat Bandar Kota Bharu dan bersebelahan dengan KB Bazar. Ia diuruskan oleh Y. S. Tang Holdings Sdn Bhd.Dengan keluasan 1 juta kaki persegi,ia menjadikan KB Mall sebagai pusat beli belah terbesar di pantai timur semenanjung Malaysia.
Bazar Tok Guru (BTG) merupakan kompleks beli-belah terbaharu di bandar raya Kota Bharu Kelantan. Bazar ini terletak di Jalan Sultan Ibrahim Kota Bharu iaitu bersebelahan dengan Balai Polis Kota Bharu dan berhampiran Universiti Teknologi Mara UiTM Kampus Kota Bharu. Konsep rekabentuk BTG bercirikan senibina Islam yang diambil daripada elemen rekabentuk masjid di Mekah dan Madinah di antaranya ialah rekabentuk kubah dan gerbang masuk yang diambil daripada Masjid Nabawi. Bazar Tok Guru dibangunkan dengan impian untuk dimartabatkan sebagai mercu tanda bagi bandar Kota Bharu dan seluruh negeri Kelantan.
Pantai Menarik di Kelantan
Pantai menarik yang terdapat di Kelantan pula ialah Pantai Cahaya Bulan(PCB), Pantai Irama, dan Pantai Sri Tujoh.
Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri kelantan, Malaysia. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar british ketika dia di pantai ini pada masa perang dunia. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini.
Pantai Irama merupakan satu destinasi yang terkenal sebagai pusat pelancongan utama di negeri Kelantan dan terletak di pinggir Bandar Bachok, malahan kira-kira 20 km dari kota bharu melalui jalan tempatan Kota Bharu-tawang-Bachok yang mengambil masa kira-kira 30 minit. Jalan masuk ke pantai irama boleh diakses sehingga di tepi pantai.
Pantai Sri Tujuh terletak di tumpat, kelantan. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lebih di sini. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik. Sebuah resort terapung telah dibina di Pantai Sri Tujuh. Ia dikenali sebagai Resort Sri Tujuh, lengkap dengan kolam mandi , gelanggang futsal dan padang latihan bermain golf. Pengunjung akan makan di gerai-gerai yang disediakan sambil menikmati panorama laut dan mereka yang menunggang bot ski. Bot nelayan kelihatan pulang ke pangkalan pada waktu-waktu tertentu.
Tarikan Sejarah di Kelantan
Tarikan Sejarah yang terdapat di Kelantan ialah Muzium Negeri, Muzium Adat Istiadat (Istana Jahar)& Balai Senjata, dan Masjid Muhammadi.
Masjid Muhammadi merupakan masjid yang terkenal di Malaysia secara amnya, dan secara khususnya di kelantan kota bharu. Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama sultan muhammad ke IV yang sangat berjasa kepada Negeri kelantan. Ia juga dipanggil sebagai "Masjid Besar" di kalangan sesetengah rakyat Kelantan.
Muzium Negeri telah dirasmikan pembukaannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan pada 6 Ogos 1990. Muzium Negeri terletak bersebelahan Bulatan Medan Tuan Padang dalam kompleks bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. Ruang awalnya mempamerkan sejarah negeri Kelantan semenjak awal hingga kepada era moden. Pada bahagian setengah tingkat di atas pula diadakan pameran mengenai Seni Budaya Negeri Kelantan; termasuklah peralatan permainan wayang kulit rebana ubi makyong menora dan lain-lain. Pada bahagian bawah bangunan pula selain daripada ditampilkan Sejarah Negeri Kelantan ditempatkan juga pejabat am Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Pejabat Pengarah Muzium dan lain-lain bahagian.
Istana Jahar yang terletak berhampiran dengan istana balai besar adalah di antara istana-istana yang menarik yang terdapat di sekitar bandar kota bharu. Malah Istana Jahar ini juga telah mula dibina dalam masa pemerintahan Sultan Muhammad ke II (1837-1886) setelah pembukaan bandar kota bharu dan pembinaan istana balai besar.
Tarikan Air Terjun dan Alam Semulajadi di Kelantan
Tarikan Air Terjun dan Alam Semualajadi yang terdapat di Kelantan ialah Jeram Linang, Jeram Pasu,dan Air Terjun Jelawang.
Air Terjun Jelawang adalah sebuah tempat yang menarik dan telah menjadi salah satu daya tarikan kepada para pelancong termasuklah pelancong-pelancong dari luar negara. Air terjun ini merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara apa yang menarik tentang air terjun ini adalah aliran airnya bukanlah seperti air terjun yang lain sebaliknya airnya mengalir dari celah-celah batu yang tinggi.
Jeram Pasu adalah merupakah salah satu kawasan rekreasi hutan lipur danair terjun yang terkenal di Pasir Puteh Kelantan. Jeram Pasu dihubungi dengan jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke sana dengan menaiki perkhidmatan bas awam, kereta persendirian dan teksi. Jeram Pasu terletak kira-kira 8 kilometer dari simpang Kampung Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu.
Jeram Linang (kadang-kadang ditulis Jeram Lenang) merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Linang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, dalam Jajahan Machang, Kelabtan dan dihubungi dengan jalan raya bertar. Pengunjung boleh ke sana dengan menaiki kereta persendirian dan teksi.
Tempat Makan Menarik di Kelantan
Tempat Makan yang terkenal terdapat di Kelantan menurut rancangan Jalan-jalan Cari Makan(JJCM) ialah Warung Pok Mat Pulau Pisang, Anjung Muara, dan Restoran Nasi Ulam Cikgu.
Nasi Ulam Cikgu ini terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu , di Kampung Kraftangan hanya 200 meter dari Pasar Besar Siti Khadijah. Kawasan ini suatu ketika dahulunya adalah kawasan Istana Di Raja Kelantan. Nasi Ulam Cikgu di pilih sebagai 'MAIN COURSE' kerana pada pendapat kami, jiwa nasi ulam ini adalah datang dari nenek moyang orang Kelantan yang sudah pastinya BUDU adalah latarbelakang citarasanya.
Menyediakan menu untuk sarapan pagi dan makan tengahari Antara menu pagi adalah nasi lemak, nasi kerabu, nasi berlauk dan banyak lagi. Manakala pelbagai lauk pauk disediakan untuk makan tengahari. Kedai ini terletak di Medan Ikan Bakar, Jalan Kuala Besar,Kedai buloh, Kota Bharu, Kelantan.
Kopitiam Kita , satu nama yang ringkas dan mudah , seiring dengan namanya 'KITA' bermaksud semua kelompok tak kira Melayu , Cina , India , Siam dan sebagainya bertandang di sini untuk menikmati sarapan pagi bagaikan sebuah keluarga besar. Macam-macam ada.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)